Sunday, April 30, 2017

Kini aku bergelar seorang ummi :)

Photobucket



Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Segala puji bagi Allah, kini aku bergelar seorang ummi. Tergalas tanggungjawab yang lebih besar pd diri ini. Allahu. Eh, btw lamaaaaa sesangat dah tak update entry kat blog kan. haha sekarang aktif dekat instagram je. Ramai yg tanya ig mira, heee blh search @nuramirahhasane :) Last update tentang masanya belum tiba, mengupas isu tentang belum ada anak. Tup tup Allah beri rezeki tak lama lepas tu mira mengandung hehe Allahu, alhamdulillah. Dah setahun berlalu, baru nak update pengalaman bersalin hehe Cerita ni tentang setahun yang lepas. Tapi baru ada mood nak update blog. Buat kenang-kenangan. Sebab masa taip ni pun banyak nau dah lupa huhu Belum 10 tahun lagi haha InshaAllah nak aktif update blog semula sbb ramai sgt yg mintak update blog. Nak tau update. huhu Sorryy tauu, sbb skrg ni busy sgt sgt urus rumah, anak, bisnes hehe InshaAllah, ada rezeki mira update sokmo ye. 

Btw, macam mana mira tau mira pregnant? hehe Nanti mira cerita dekat entry lain k. Ni nak cerita pengalaman bersalinkan anak soleh yg pertama. Alkisahnya bermula...

Selasa (05/04/2016) -36w 5d
Due date mira sepatutnya pada 28/04/2016. Tapi tetiba petang Selasa ni dah keluar 'show'. Gabranya ya rabbi, ingat dah nak bersalin haha! Tapi nasib baiklah ayah doc, so memang apa2 refer ayah terus. So, ayah bagitau tu show je. Means dah mula nak ada bukaan. Start petang tu, selang 2/3 hari show ni keluar. Tapi buat dek je la hehe

Ahad (10/04/2016) - 37w 3d
Hari ni ada check up. Dah hujung2 pregnancy check up dah kena selang 2 minggu sekali masa ni. So masa check up ni everything was okay. Masa ni mira bgtau doc yg dh start keluar show since Selasa lepas. Then, doc ckp ok takpe, I check. Nervous gila time ni! So, thats the first time kena Vaginal Examination (VE). Benda yg sgt ditakuti oleh kebanyakkan org nak bersalin sebab sakit! haha Then doc ckp, eh u dah ada opening ni, 2cm. Doc suruh balik and inform ayah yg mira dh ada opening 2cm. My gynae ni kenalan ayah mira. 2 adik mira doc ni yg sambut. Legend kan doc ni. Dari adik mira sampai anak mira sendiri dia jgk yg sambut hehe Nama dia Dr Noraini from KPJ Puteri. Memang best :)

Masa ni mcm2 fikir. "Eh, aku dah nak bersalin ke?", "Eh, biasa dh 2cm kan dh kena tahan wad. Kenapa doc suruh balik ni?", "Takutnya masa mcm dah nk tiba", "Macam tak percayaaaaa dah ada bukaan means anytime boleh bersalin!" dan bermacam-macam lagilah yg berlegar2 dalam fikiran hehe Sebab ikutkan due lagi 2 minggu. Ni tiba2 hari ni plak dh 2 cm. 

So, mira pun balik. Tapi suprisingly masa dalam kereta rasa mcm why ada something keluar ni. I thought air ketuban ke apa. Dah sampai rumah terus check sekali penuh darah! Rasa nak nangis sbb takut haha Terus call ayah tanya. Ayah ckp tu maybe sbb buat VE td. Takpe, tgk sampai ptg if still keluar darah banyak, terus pergi hospital. Lepas tu cerita pasal dh ada bukaan 2cm. Tp relaks je ayah ckp "ala, biasa anak pertama lambat. If dah bukak 2cm, dalam 3 hari lagi baru bukak lagi 1cm". And I was like, seriouslyyyy?? Lagi 3 hari? haha Ku fikir dah nak bersalin kejap lagi ke apa hee Lagipun memang takde sakit apa pun. So, takde la nervous sangat lagi huhu And pasal dah bleeding tu memang betul pun sebab VE, sebab petang tu bersih dah takde keluar darah lagi.

Rabu (13/04/2016) - 37w 6d
4.00 am
Bermulalah episod nak bersalin hehe Malam Selasa tu, mira tidur awal.Lepas Isyak dah tertidur rasanya. So, dalam pukul 11 malam dah terbangun. Lepas tu terus tak boleh tidur. Just baring2 je layan phone, then start pukul 4 pg. Bermulalah drama. hehe Tiba2 sakit perut masa ni. Ingatkan just nak buang air besar je, so pergilah toilet and memang membuang pun. Mcm biasa je. Lepas tu baring semula, tp tak rasa lega. Dalam hati cakap, kenapa sakit lagi ni?...Masa tu dah dekat pukul 4.30 pg rasanya. Ni sakit perut nak buang air besar lagi ke. Tp ms tu dah terfikir, ke ni sakit contraction?? First time katakan. Tak pernah rasa contraction, mana la tau sakit dia camne hehe 

So, masa tu gelabah terus download contraction tracker. Bila sakit tekan, and bila hilang sakit tekan lagi. Nanti dpt tgk interval sakit tu. Orang kata kalau dah selang 5 minit, terus pergi hospital. And suprisingly, mira punya contraction memang 5 minit sekali !! Rasa la azab jgk baring tak kena, bgn tak kena. Dah pukul 6, dah subuh, gagahkan diri solat subuh. Masa ni solat duduk je. Mira start solat duduk since 3 hari sebelum tu. Before ni gagahkan diri semua solat mcm biasa sbb baby bump kecik je. So ok lg nak solat mcm biasa hehe Lepas solat, terus baring balik. Masih tak hilang sakit ni. Call terus ayah sbb based on contraction tracker tu, dah berpuluh kali dia suruh "Go to the hospital!" haha

 Seee, selang 5 minit dah sakit time ni. huhu Interval tu selang sakit dia. Duration berapa lama sakit. 


06.30 am
Masa call tu bgtau dah start ada contraction, mcm dah 5 minit sekali. Tp ayah kata, takpe relaks dulu. Baring, tenangkan diri. Biasa anak first memang lambat. Kalau dah sakit mcm tu pun maybe petang or malam tu baru bersalin. Ayah dah advice awal2, tak pyh pergi hospital awal sbb nanti jd bahan eksperimen kena VE memanjang selagi tak bersalin. Lg azab haha Since dia doc, so dia tau la kan prosedur huhu Masa tu siap ckp, dh sakit mcm ni rupanya lama lagi nk bersalin haha Mira pun follow je la. Smbg baring balik. Masa ni dah start ngantuk sgt sbb tak tidur lagi since bgn pukul 11 mlm smlm. Tapi apakan daya, dah start contraction, ingat boleh nk pause2? haha Sambil baring mengantuk layan mata, sambil layan contraction. Mcm2 position cuba nak kurangkan sakit. Sakit allahu...Meleleh je air mata tahan. Husband gerak2 time tidur pun rasa nak mengamuk! haha Siap ckp jgn la gerak2, sakit la. Ntah apa kaitan dia gerak2 dgn kita sakit haha Nak kata sakit sgt tu hehe Bukan over memang sakit k. hiks



Masa ni layann sakit. So, ada yg lupa tekan. haha Tu yg interval pn kelam kabut.
 Ntah dah berapa kali lah dia suruh pergi hospital haha

09.00 am
Layan punya layan contraction, sampai pukul 9 pagi. Kemuncak sakit perut. Aduh rasa nak membuang lagi ni ! So gagahkan diri pergi toilet dengan sakit contraction, tgk2 dah penuhhh darahhhhh! ya Allah, takutnyaaa! Kenapa keluar darah banyak sgt2 ni. Tp still setelkan membuang jgk tu sbb saing2 sakitnya. haha Risau dah masa tu, baby ok ke. Kenapa darah keluar dulu. Kenapa bukan air ketuban dll. Mcm2 la fikir. huhu Masa keluar toilet je tgk2 mother-in-law(MIL) and sister-in-law(SIL) dah ada dekat depan. hee Masa ni husband dah bgtau diorg mira dah sakit2. So, my SIL dah siap buatkan telur separuh masak. My MIL dah suruh siap2 pergi hospital terus. hehe 

Bila keluar darah dulu, ni yang orang panggil "kembar darah". Kalau keluar air ketuban dulu, orang panggil "kembar air". Bila "kembar darah" orang ckp biasanya sakit dia lagi maha dahsyat haha And mira la tu org yg kena kembar darah. So memg contraction terus gila2 tak bg kompromi hehe 

11.00 am
Masa ni call mama, cakap dah start bleeding. Akak rasa nak pergi hospital terus la. Sakit sangat dah. So, my mom ckp dah keluar darah pergi terus hospital. Kebetulan dia ada dkt JB time tu, so jumpa sana je la. So, masa ni terus siap2 ala kadar, pergi hospital. Oh, mira pilih untuk bersalin dkt KPJ Puteri dkt Johor. Mira dari Kota Tinggi. So, nak ke hospital ambil masa dalam sejam la jgk hehe So, siap2 dalam pukul 11 pg mcm tu. Alhamdulillah, dipermudahkan jalan tak jam semua. Cun2 sejam sampai. Tp masa dalam kereta sakitnya ya Rabbi. Ingat nak terberanak dah dalam kereta. haha Everytime sakit tu sampai, dah ketuk2 dashboard haha Husband buat cool je, bwk tak laju sgt risau lain plak jd karang. Padahal dalam hati dia hehe 

12.00 pm 
Sampai hospital. Terus turun sendiri time ni, husband pergi cari parking dulu. Call mama, mama suruh tunggu, dia pun tgh cari parking. So, mira duduk kejap. Tp tak tahan sgt. Terus pergi naik lif pergi tingkat 3 tempat bersalin tu sendiri haha Sbb haritu nurse tu ckp terus pergi naik tingkat 3. So gagahkan diri jugak sakit2 tu. Terus pi kaunter, Sampai2 ckp dgn nurse, sy rasa sy nk bersalin la haha Masa tu nurse dh kelam kabut check mira under doc mana, doc free ke tak semua dll. Dalam diorang check2 tu tak larat dah nk diri, terus duduk dekat kerusi. Nurse ckp dah merah dah muka dia. Sakit huiii, memg la hehe Tak lama tu terus masuk dalam 1 bilik. Ingat tu wad ke apa, rupanya tu la bilik bersalinnya haha 

Sampai2 tu nurse tu suruh baring dulu, pasang ctg (untuk check heartbeat baby). Lepas tu dia menghilang. Rupanya dia layan org lain bilik sebelah nak bersalin jgk haha So mira pun mcm krik krik jekkk sorg2 sambil tahan sakit dekat stgh jam. And siap bebel dalam hati tu kenapa dia tak buat VE dulu. Check la dh berapa cm ke apa kan. Kang terbersalin kang haha Tak lama, mama masuk. Since husband tgh dekat tmpt registration lg. Lama gila nk register ms ni husband ckp ramai org. pheww~ So, mama la teman. Nurse suruh salin baju hospital semua, lepas tu baru dia buat VE. Check 3cm. Lepas tu dia ckp, awak bersalin petang ni rasanya ni dik dalam pukul 4 lebih. And I was likee, dah sakit gilsss baru 3cm? Pukul 4 ptg baru bersalin? Skrg baru 12 lebih. Lama lg rupanya kena tahan contraction ni. Rasa mcm tak larat dahh huhu 

Nurse suruh membuang dulu, tp mira ckp mira dah membuang 2x pg td. Kosong sgt dah dengan tak mkn lg. haha Lepas tu nurse kata ok tak pyh la mcm tu. Memang biasa diorang bg ubat untuk membuang & kena membuang dulu biasanya sbb nak elak time bersalin terbuang air besar huhu Tak ada masalah cuma kurang selesa la kan untuk nurse dgn doc nak uruskan kita. hehe 

Nurse baik sgt siap tanya nak mkn tak. So, mira memang bnyk membaca ms preggy. Orang kata memang kena makan supaya rahim kita ada energy nak buat kerja. Means dapat buat bukaan. Sebab bila dah lama sgt, rahim kita pun dah hilang energy, so dia nk dpt energy dari mana kan if kita tak makan? Camtulah kisahnya. So, dia bg bubur dengan air masak. Nak makan sendiri dah tak larat, mama tlg suap. Tqsm mama. Sentiasa ada bg support sampai dalam labor room pun mama jgk yg teman. haha Tp dpt dlm 5 suap je, tak larat sgt nak mkn. huhu 

Everytime sakit je pandang muka mama, sakit maaaa :'( Mama kata tahan sikit, bersalin memg mcm tu. Mama muka dia pun dah mcm nak ngs tgk kita. haha Terima kasih ma sbb lahirkan akak, susah payah jaga sampai besar. Maaf salah silap selama ni. Taubat kuasa infinity terus bila teringat pengorbanan mak kita melahirkan. Hari ni Allah bg rasa sendiri. Bersyukur dan sentiasa taatlah dengan mak kita. Hebat sgt2 pengorbanan mereka.

Lepas tu, nurse bg sedut gas. Everytime sakit je dia suruh sedut. Mula2 tu rasa mcm takde function pun gas ni. Tak kurang pun sakit haha Rupanya salah teknik sedut. Bila dah dpt sedut, pehhh memg khayal habiss. Lalokkk je kepala tu haha Apa nurse suruh buat semua jd terbalik haha suruh kiri pi kanan, suruh buat tu jd ni. Tak boleh nak terima arahan dgn baik sbb tak sedar masa tu hehe Tp dgr je apa dia ckp cuma tak mampu berfikir dengan waras. Sgt membantu gas ni for me. Kurang sikit sakit bila sedut. 

Nurse2 pun sgt expert. Salute sgtlah cara diorang handle mira. Mira mampu dengar je, nurse cakap dah 4cm, tup2 tak lama dah 6cm. Tapi interval masa dia tu taktau lah sbb dah mamai masa tu hee Mampu layan contraction je lah. Tutup mata je sambil sedut gas. Dengan ngantuk lagi tak tidur dari pukul 11 mlm smlm. Nyesal plak tak smbg tidur. haha Mana la tau pg subuh tu dh start contraction hehe Contraction mira kuat sgt2 sbb darah dah keluar sgt bnyk. Nurse pun mcm panik jgk banyak darah keluar ni. Awak ada mkn minyak kelapa dara ke. Dah minyak tu plak salah. haha Bila tanya my dad, dia kata takde la. Bkn sebab tu pun. For me, banyak membantu jugak minyak kelapa dara tu dalam melancarkan proses bersalin. 

Tp dlm masa yg sama start 6 cm, nurse dh ajar cara nak meneran. Dlm hati eh belum 10 cm boleh teran eh. huhu So, teran je la sikit2. Lepas tu dia ubah position, ke kiri ke kanan, angkat kaki kiri, angkat kaki kanan, nak memudahkan kepala baby keluar. Dia ckp jgn angkat punggung, nanti koyak banyak. Punggung tu benamkan ke tilam. Bila buat jd sakit sgt. Tu yg asyik terangkat je. Masa tu tak mampu fikir, siap ckp Allahu. Takpelah koyak bnyk, tak tahan sakit haha ya Allah, kalaulah mira tau azab koyak bnyk tu mcm mana based on org cerita, mesti nyesal ckp mcm tu huahua 

I dont remember masa berapa cm, rasa mcm dlm 6 cm la. Nurse tu ckp dekat mama, kepala baby dah nmpk. Baby mcm tendang nak keluar sendiri. haha Memang membantu sgt. Elok la tu dari dlm perut kuat nendang hehe Masa ni doc sampai. Before tu nurse je uruskan. Tiba2 rasa mcm panas je. fikir darah makin banyak keluar. Then dgr mama ckp, oh dah pecahkan air ketuban ya? Tak rasa apa pun doc pecahkan tu.

Tapi start air ketuban pecah, dah mula klimaks sakit. Sakit yg makin terlampau amat sangattttttttt! Allahu, meleleh je air mata tahan sakit. Tak lama dgr dah 9 cm. Diorang cakap panggil doc cepat. Dalam hati ckp, cepat betul bukaan ni. Td bukan 6 cm ke. Nurse pun ckp cepat bukaan dia ni. Alhamdulillah. Lagi kuat contraction, lagi cepat bukaan rasanya. Masa ni nurse kata husband mana. Sepanjang proses tahan sakit tu laki den tak siap2 register lagi oi ! haha Dia ckp memang ramai betul tunggu turn register. Tp tak lama, dia masuk. Nurse ckp dah solat zuhur? Sempat lagi kalau nak zuhur. So, dia solat zuhur kejap. Alhamdulillah, dpt jgk ms bersalin dia ada. Kalau tak mesti terlepas! Mana blh tak tgk. Nanti taktau pengorbanan kita hehe So, boleh sorang je yg teman, jd my mom pun keluar. Tq mama sbb teman spnjg proses layan contraction tu. 

Masa ni dah sakit amat sangat. Lidah tak lekang dari sebut doa nabi yunus "La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz zhalimin". Tp kdg2 dah sakit sgt tak mampu sebut apa melainkan Allah, Allah jee. huhu Pegang je tgn husband masa ni. Pndg dia dengan linangan air mata haha Drama sungguh sbb sakit sgt2 dh time ni. Doc pun dah sampai. Then dia suruh teran. Tp sbb pakai gas mamai, mcm tak boleh terima arahan hehe Doc suruh cabut gas, barulah rasa boleh dgr doc suruh buat apa hihi Start tu doc suruh teran, mira pun teran tp tak sepenuh hati sbb ntah la baru tersedar dari mamai. haha Husband ckp baby mcm masuk balik time ni. Kalau tgk kepala baby time ni mcm lonjong sikit, rasa sbb tu la kot. Sorry syg ummi. hehe Tu nurse ckp, jgn teran lepastu sedut balik, nnt kepala baby lonjong. 

Lepas tu, mira start teran sepenuhhhh hatiii, sebab everytime teran contraction tu hilang. Hilang sakit. Tu yg teran sungguh2 sbb taknak sakit contraction tu. sampailah 4x teran. Tp selang teran curi nafas kejap lelaju, sambung teran. Alhamdulillah, 4x teran, baby dah selamat dilahirkan. Tepat jam 2.13 pm. Masa ni rasa nak teran lg, mcm ada lagi je tak lepas. haha Tp doc kata dah stop2. Dia nak keluarkan uri. huhu Masa ni mcm terkejut pun ada, eh cepatnya bersalin sbb dijangka around 4 pm baru bersalin. Dpt la skin to skin lepas tu dengan baby. Allahu, senyummmmmmm sampai telingaaa masa tu. Anak ummi dah lahir. Mcm mimpi. 9 bulan kandungkan budak comel ni, Allah izin hari ni dia ada atas badan mira. Memang terharu sgt2. Benda pertama yg anak ummi buat ms skin to skin is 'ngences' (main air liur). haha Terus ckp dgn husband, apa yg sy tak dpt lg ni masa pregnant haha 


Alhamdulillah, ni la anak soleh tu. Lahir pd 13 April 2016 - 2.13pm :) 

Ahlan wasahlan sayang ;)

K, smbg cerita. Doc siap je keluarkan uri, doc ckp, awak tak pyh jahit ni. Ada koyak sikit je tu pun memg sikit sgt kot mcm takde je dia kata. Doc senyum2 pndg ckp pandai awak teran. Ya Allah, tauu tak perasaan legaaaaaaaa gilaaaa tu mcm mana??? Sedangkan mira dh expect bnyk gila koyak since rasanya bnyk kali angkat punggung sbb sakit haha Allahu, lg sedih terharu sgt2 jdnya. Allah Maha Baik. Dia permudahkan semudah-mudahnya. Contraction pun tak lama, bukaan cepat. Bagi lg bersalin intact (tanpa ada koyakan dan tak perlu jahitan). 

Sungguh, nikmat TuhanMu yg manakah Engkau dustakan? 

Mama cerita, doc keluar je jumpa mama terus peluk2 ckp tahniah. Lepas tu ckp pandai anak awak teran. haha Tak habis lg tu dia puji. haha Tang mana pandai teran pun taktau la. huhu Allah banyak tolong. Kalau ikutkan betul2, ntah jd mcm mana. Bila Allah berkehendak atas sesuatu, siapa kita untuk menidakkan. Alhamdulillah. Terima kasih ya Rabbi. 

Ms checkup semua nurse2 nak check jahitan, tp mira ckp mira bersalin intact. Diorang mcm tak percaya. Mira ckp maybe sbb baby kecik. Tp diorg ckp ada tu yg 2.1 kg pun kena jahit jugak. Tu yg dlm hati ckp kenapa pelik sgt ke? haha Rupanya jarang sgt anak pertama org dpt bersalin intact ni. Biasa anak pertama mesti doc buat "episiotomy" untuk permudahkan proses bersalin, kurangkan risiko baby lemas dll and confirm kena jahit. Alkisahnyaaaa..baru tau. Syukur sgt2 doc bg can tak buat epi, and bg can mira usaha teran sampai bersalin. Tq doc. Maybe Allah lebih tau. Sbb dari before bersalin, selalu ckp dgn husband, mira ni masa bersalin tak takut sgt rasanya, tp takut proses nk jaga lepas bersalin tu. Means mcm mana nak jalan, nk membuang dgn ada jahitan semua tu. Seumur hidup tak pernah kena jahit2 ni. Takut yg amat agaknya. Tup tup Allah bg rezeki tak pyh risau lgsg pasal semua tu. Ya Allah, sujud syukur.... Dah nurse2 ni pulak mintak tips. haha Taktau nak jwb apa if org mintak tips ni. Ada la ikhtiar sikit2. 

Allah permudahkan proses kelahiran anak soleh ni, tapi Allah uji pula dengan benda lain...Tidaklah engkau dikira beriman selagi Engkau tidak diuji. Nak tau apa dia? huhu Next entry mira sambung k :) 

Btw, nak tips tak untuk bersalin intact? Kita ikhtiar je, selebihnya Allah yg tentukan. Ni anak seterusnya belum tentu mcm mana. Rezeki bersalin ni setiap org lain2. Doa bnyk2 ya. Allah Maha Baik. InshaAllah Dia bantu permudahkan. Tunggu entry akan datang k! Entry ni dh panjang berjelaaa. haha

Meh layan gmbr plak,

Orang kuat disebalik kelahiran mujahid kecil ni :) 

 I'm a boy! haha Comel je anak ummi ni lahir, 2.59kg :)

 Kenangan..sampai skrg simpan lg hehe 


Ok, till we meet again dekat next entry! Thanks for reading!

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Nice story..rse mcm eeeeeee...sakit nyeee..but the end it so happy..

    ReplyDelete

..