Tuesday, May 23, 2017

Tips & ikhtiar untuk dipermudahkan bersalin :)

Photobucket
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, berjaya update lg 1 entry! haha Sekarang mencabar tau kalau nak update blog sbb anak soleh sorang tu suka kacau ummi dia bila ummi dia menghadap laptop. haha So, kesinambungan dari cerita kini aku bergelar seorang ummi (tekan link ni untuk baca), ramai request nak tips untuk dipermudahkan bersalin.

Sejujurnya, mira pun takde la tips sgt. Sikit2 ada la ikhtiar. Mana yg okay, korang boleh try k. Masing2 serasi dia tak sama, kita ikhtiar je :) Semuanya atas izin Allah.

Tips & ikhtiar untuk dipermudahkan bersalin tanpa koyakan dan jahitan:


1- Doa, yakin & tawakal pada Allah

Pada mira, benda paling penting sekali bila nak something, minta sungguh2 pada Allah. Sungguh, Allah tu yang memberi rezeki dan Dia jua yang berkehendak atas sesuatu perkara. Jadi, bila nak apa2, minta pada Allah. Sungguh2 k. Hari2 doa, start dari awal pregnant sampailah dah nak bersalin. Everytime solat, doa moga Allah permudahkan urusan bersalin, diizinkan untuk bersalin normal tanpa koyakan dan jahitan, moga selamat ibu dan anak dll. Doa je bnyk2. Allah tu Maha Mendengar :)

2. Mind set
Apa2 benda yang kita buat pun, hasilnya sebenarnya banyak dipengaruhi oleh mind set kita. Bila kita cakap negatif, negatif la jadinya. Bila kita cakap positif, positif la jadinya. Jadi, bila kita nak dipermudahkan semua urusan sepanjang mengandung dan bersalin, set minda kita awal2. InshaAllah, positif je, semua Allah akan permudahkan. Aku boleh lalui semua ni dengan sabar. Set minda kita aku boleh teran sebaik mungkin nanti, aku boleh bersalin tanpa koyakan/jahitan, aku boleh tahan sakit contraction dll. Jgn minta dikurangkan sakit, tapi mintalah kita diberi kekuatan luar biasa untuk menghadapi kesakitan tersebut. Sesungguhnya sakit itu kan penghapus dosa :)

3. Lihat, dengar, cakap yang baik-baik
Yes, semuanya kena baik2. Time mengandung, usahakan lihat yang baik-baik sahaja, jaga pandangan kita. Dengar yang baik-baik sahaja. Andai ada permulaan kepada yg menjurus kita dgr tak elok, tinggalkan perbualan tersebut. Cakap yang baik-baik. Ini paling penting. Mulut kita kadang2 selalu terlepas bila emosi tak stabil. Bila tgk benda yg kurg menyenangkan, jangan cakap lepas. Doakan dalam hati. Dikhuatiri apa yg kita cakap dekat org tu, berbalik pd kita. Na'uzubillah.

4. Amalkan minyak kelapa dara
Mira start amalkan minyak kelapa dara masa 36 weeks. Masa tu org ckp dah lambat sebenarnya. haha Biasa orang consume start 7 bulan ke atas. Tapi kita ikhtiar je la. Mira beli 2 botol. 1 mira minum, 1 lagi buat untuk sapu dekat area perut untuk elak stretch mark and untuk buat perineum massage. Blh google tentang ni. Sangat membantu rasanya untuk jadikan kulit kita lebih elastik, so senang la baby nak keluar kan, tak pyh kena episiotomy. Atas izin Allah juga. Tapi rasanya sbb minum minyak kelapa dara ni la, baby keluar awal. haha Dia mcm trigger bukaan jgk rasanya. Tp memang masa tu harap baby keluar awal sbb dah tak larat nak bawak perut. hehe Tapi mira ada dengar bad effect jugak minyak ni. huhu Taktau sgt pasal ni. Depends pd org rasanya. Tp kalau takut nk consume, blh buat perineum massage tu guna minyak ni. Sgt bagus.

Mira consume minyak kelapa dara D'Aura ni :)

5. Solat macam biasa 
Yang ni lain orang, lain keupayaan dia. Macam mira, since baby bump comel je. hee Masa 7 bulan lebih baru nmpk baby bump. Sebelum tu mcm tak pregnant je, orang pun taktau haha So, mira memang solat macam biasa je. Tp start 8 bulan dah mula rasa susah sbb perut dah besar. Bila sujud mcm melunjur sikit ke depan pun ada haha Tp still teruskan jugak solat mcm biasa sbb pernah terbaca orang ckp kira mcm exercise jgk la secara tak langsung. hee Sehinggalah 37 minggu 3 hari baru mira start solat duduk. Tu 3 hari before bersalin. Alhamdulillah, mungkin ni pun salah 1 reason mudah bersalin. Tapi if tak mampu, tak payah paksa diri :) Allah lebih tahu.

6. Consume produk shaklee
Yang ni, mira start consume since before pregnant lagi. Masa tu makan sbb nak stabilkan hormon sbb period tak menentu. Bila period dah stabil. Tup tup tak lama, Allah beri rezeki. Jgn ambil mudah tau kalau period tak teratur ni. Bahaya sebenarnya. Dah tau pregnant, terus ambil produk shaklee tp certain2 je masa ni and after bersalin pun terus consume set bersalin shaklee. Ni additional supplement je. Sebab mira ni spesis tak makan sayur, tak minum susu bla bla. heee Ubat2 klinik yg mira dpt, mira makan jugak hehe Apa boleh telan, apa bagus untuk baby semua telan haha

Apa yg mira boleh cakap, mira memang jatuh cinta betul dengan produk ni and pengguna tegar since 2015. heee Lagi2 sbb produk ni produk organik dan tak harmful. Lagi jatuh cinta. Since ramai sgt yg tanya mira selalu consume apa masa TTC, masa pregnant and after. Produk shaklee la mira consume. And sekarang mira sendiri dah jadi Shaklee Independent Distributor. Sebab tgk produk ni best sgt, terbukti berkesan, rasanya rugi tak share benefits dia dgn orang lain. Haaa, kalau korang nak consultation pasal produk2 shaklee or nak beli produk shaklee pun boleh berhubung dengan mira k. Baru je nak start consult orang lain pulak lepas puas hati try sendiri. hihi InshaAllah mira bg special consultation based on problem korang + special price :) Mana mira boleh bantu, mira bantu. Moga Allah permudahkan.

Boleh tgk fb page // instagram: Mira Beauty N Health atau hubungi +6017-4247110 untuk sebarang pertanyaan.

Boleh like page mira untuk tgk produk2 shaklee yg best :)


Atau boleh follow instagram shaklee mira ya :)


7. Minta doa dari ayah, mak, dan juga mertua
Walaupun dah ada suami, tapi kita kena jugak selalu minta doa dari ayah mak dan mertua kita. Keberkatan doa mereka yang kita inginkan. Jangan main2 dengan kuasa doa. Mungkin kejayaan kita, kebahagiaan kita or apa je yg kita dpt hari ni mungkin hasil doa yang mereka titipkan buat kita tanpa kita tau. So, rajin2 minta mereka doakan dan minta maaf andai ada salah silap. Moga2 dengan keberkatan doa orang tua kita, Allah permudahkan segala urusan kita.

8. Mohon restu dan doa suami
After all, inilah yang paling PENTING sekali! Restu dan doa suami. Kalau boleh, hujung2 pregnancy, rajin2 before tidur selalu minta maaf pd suami dan minta suami doakan kita dipermudahkan bersalin. InshaAllah, berkat restu dan doa suami, Allah permudahkan urusan kita nak bersalin nanti. Bila pregnant, memang emosi tak stabil sangat. Tp kalau boleh, jgn layan sgt emosi tu. Kita doa bnyk2 moga Allah tetapkan hati kita untuk terus taat pada suami, tak menyusahkan dll. Kalau terlepas cakap or perbuatan, minta maaf. InshaAllah, suami reda, Allah pun reda :)

Nak tepek sikitlah gambar acah2 minta maaf mohon restu masa first raya dengan suami haha 
Back to 2011 :) Rindunyaaaa.


Rasa-rasanya tu je lah tips yg dpt mira kongsikan. InshaAllah nanti if ada teringat apa2 mira update semula entry ni. Maklumlah dah setahun berlalu and sejak bersalin ni perangai pelupa boleh tahan. Orang cakap sebab banyak urat2 putus haha And korang plak ada tips apa2 yg best2 tak untuk permudahkan bersalin ni? Jomlah share! :) Moga bermanfaat buat semua. 

Thanks for reading!

 Assalamualaikum.

 

0 orang mendoakan kebahagiaan kami :):

Post a Comment

..